Kumpulan Akademi YNS (KAYNS)

g8

Kumpulan Akademi YNS (KAYNS) - 270794-A ditubuhkan pada 22 Julai 1993 merupakan organisasi yang dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Negeri Sembilan dan menjalankan "core business" dalam bidang pendidikan kemahiran.

KAYNS bertanggungjawab mentadbir & menguruskan tiga buah Institusi Latihan Kemahiran di Negeri Sembilan yang mendapat pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Sumber Manusia.


g9Penubuhan Institut Kemahiran seliaan KAYNS iaitu Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS), Institut Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan (IPPNS)  serta Institut Pengurusan dan Perindustrian Yayasan Negeri Sembilan (IPPYNS) ini adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga muda berkemahiran tinggi bagi memenuhi dan menyokong pelan perindustrian Negara selain memberi alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktis.

Institut -Institut kemahiran in beroperasi di dua lokasi iaitu di Era Square, Seremban bagi IPPYNS dan IPPNS serta di Gentam, Kuala Pilah bagi ITYNS. Antara kursus yang ditawarkan adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang Pelukis Pelan Senibina, Juruteknik Elektrik, Juruteknik Sistem Komputer, Pembuat Pakaian Wanita, Automatif, Pengajar Vokasional, Penyeliaan, Pendawai Elektrik, Pramusaji, Guest Service Operation, Pemandu Pelancong, Penyedia Makanan, Penyedia Pastri, Kapten Makanan & Minuman dan Kejuruteraan Elektronik Industri ( Peralatan).

Kemudahan di KAYNS