Pinjaman Pendidikan

Yayasan Negeri Sembilan ditubuhkan dengan objektif utama iaitu memberi pinjaman kepada anak-anak Negeri Sembilan yang layak memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dan Institusi Teknologi Yayasan Negeri Sembilan.

 

Anugerah Cemerlang Kelas Pertama

SYARAT PERMOHONAN ANUGERAH SISWAZAH CEMERLANG IJAZAH KELAS PERTAMA YAYASAN NEGERI SEMBILAN

 

1.   Pemohon Kelahiran Negeri Sembilan – Kad Pengenalan (05, 31, 59) Sahaja.
     (Rujukan Daripada Jabatan Pendaftaran Negara – Kod Bagi Negeri Kelahiran)

2.   Pemohon Bersekolah Rendah Dan Tamat Sesi Persekolah Rendah Di Negeri Sembilan Sahaja.

3.   Pemohon Bersekolah Menengah Dan Tamat Sesi Persekolah Di Negeri Sembilan Sahaja.

4.   Permohonan Terbuka Kepada Semua Graduan Ijazah Sarjana Muda Atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sepenuh Masa Institusi Pengajian Tinggi
      Awam (IPTA) Malaysia/Universiti Awam (UA) Dan Institusi Luar Negara Yang Diiktiraf Oleh Jabatan Perkhidmatan Awam/Malaysia Qualification
      Agency (MQA)  Serta IPTS Yang Berstatus GLC Yang Disenaraikan Oleh Yayasan Negeri Sembilan Berikut :

            i.     Universiti Teknologi Petronas (UTP)

        ii.     Universiti Multimedia Malaysia (MMU)

       iii.     Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

        iv.    Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

5.    Institusi Swasta/ GLC Yang Tidak Disenaraikan Seperti Diatas Tidak Layak Memohon.      

6.    Permohonan Hanya Untuk Peringkat Ijazah Sarjana Muda Atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sahaja.

7.       BAGI PEMOHON INSTITUSI DALAM NEGARA

       Pemohon Yang Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama Yang Disahkan Oleh Institusi Berdasarkan
       Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Masing-Masing.

8.       BAGI PEMOHON INSTITUSI LUAR NEGARA

       Pemohon Yang Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama Berdasarkan Penarafan Ijazah Kelas Pertama
       Institusi Luar Negara Masing-Masing Iaitu Pencapaian Tertinggi.

9.       Permohonan Tempoh 2 Tahun Ke Belakang Sahaja (Mengikut Tahun Bergraduasi)
       (Contoh: Tahun Semasa: 2019 – 2017 – Layak Memohon Dan 2016 Kebawah Tidak Layak Memohon)

 
       Untuk mendapatkan borang permohonan, sila KLIK  disini.

 Print  Email

Permohonan Pinjaman Pendidikan

logo

PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN BAGI KURSUS PERINGKAT PhD., SARJANA, IJAZAH SARJANA MUDA, DAN DIPLOMA BAGI SESI PENGAJIAN 2019

Permohonan adalah dipelawa daripada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut untuk dipertimbangkan tajaan pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi mengikuti kursus peringkat PhD., Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

i)   Semua Universiti Awam Tempatan (IPTA)

ii)  Semua Politeknik Tempatan (Kementerian Pengajian Tinggi)

iii) Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS)

iv) Sekolah Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.  Pemohon merupakan anak Negeri Sembilan ( pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Sembilan )

Dan

a)   Menetap di Negeri Sembilan

Atau

b)  Telah bermastautin di Negeri Sembilan tidak kurang dari 8 tahun ( Sokongan dan pengesahan dari Wakil Rakyat Kawasan/Ketua Jabatan / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK )

2.   Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,400.00.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri Sembilan atau melalui laman web rasmi www.yns.gov.my.

PENTING

Borang permohonan hanya akan diberi kepada pemohon yang telah ditawarkan tempat masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam secara sepenuh masa dengan mengemukakan salinan surat tawaran yang telah disahkan.

PERINGATAN

  1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan diproses.
  2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap bahawa permohonan tersebut tidak berjaya.
     

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA:-

* Permohonan Pinjaman Pendidikan dibuka sepanjang tahun bagi semua peringkat pengajian  dengan syarat ada surat penolakan pinjaman dari PTPTN

 

Untuk muat turun Borang Permohonan Pinjaman Pendidikan, sila klik di sini . Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi:

BAHAGIAN PENDIDIKAN
YAYASAN NEGERI SEMBILAN
Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 06-762 8046 (6 talian) | Faks : 06-763 1420
 

atau e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 Print  Email

Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan MAINS

Yayasan Negeri Sembilan telah diamanahkan untuk menuntut dan menerima bayaran balik Pinjaman Pendidikan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi pihak  MAINS berkuatkuasa dari 17 September 2007. Kaedah untuk membuat bayaran balik Pinjaman Pendidikan MAINS di Yayasan Negeri Sembilan ialah:

  • Tunai (Membuat bayaran di kaunter Yayasan Negeri Sembilan)
  • Cek/Wang Pos/Kiriman Wang *
  • Arahan Bank
  • Potongan Gaji

* Nama penerima hendaklah ditulis sebagai 'Yayasan Negeri Sembilan'. Sila tuliskan Nama & No. Pinjaman di belakang cek/wang pos/kiriman wang sebelum diposkan kepada kami.

Anda juga boleh muat turun Borang Kebenaran Potongan Gaji Pinjaman MAINS di sini. Sila penuhkan dan pos kepada kami untuk tindakan segera. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

YAYASAN NEGERI SEMBILAN
Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 06-762 8046 (6 talian) | Faks : 06-763 1420

atau e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 Print  Email

Senarai Universiti Tempatan

Penuntut universiti yang layak memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan ialah:

  1. Universiti Sains Malaysia (USM)
  2. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  4. Universiti Malaya (UM)
  5. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  6. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  10. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  12. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  13. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  15. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
  16. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  17. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  18. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

 Print  Email