Program Khidmat Masyarakat Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2023

Sendayan, 4 Mac 2023 – Dalam menerapkan kesedaran berkenaan kesihatan buah pinggang terhadap masyarakat yang kurang akses terhadap bantuan kesihatan dan memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan buah pinggang secara percuma di Balai Raya Kg Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.
Program Khidmat Masyarakat Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia ini merupakan terjemahan rasa tanggungjawab Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Yayasan Negeri Sembilan, DaVita Malaysia, Kolej Yayasan Negeri Sembilan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Felda Sendayan untuk memastikan penduduk kampung dan komuniti setempat mendapat pemeriksaan kesihatan yang sempurna dan secukupnya seperti masyarakat lain. Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Y.B Dr. Zaliha Mustafa.
Seramai lebih 500 orang peserta telah menghadiri dan 250 orang telah melakukan pemeriksaan kesihatan yang disediakan secara percuma oleh Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Antara pengisian dalam program ini adalah pemeriksaan kesihatan, pengenalan menu sihat, pertandingan memasak, pertandingan mewarna serta ceramah berkenaan kesedaran kesihatan buah pinggang.
Besar harapan penganjur agar program ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kesihatan buah pinggang dan tindakan pencegahan yang perlu diambil.