Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia Ke-14 Kuching, Sarawak.

Kursus Team Building YNS PESAYA-14

Kursus Team Building PESAYA Ke-14 Sarawak berlangsung di Ancasa Hotels & Resort. Bermula dari 6 Januari hingga 8 Januari 2023.
 
 

Rangkuman Pasukan YNS PESAYA-14

Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) membuka tirai kejohanan itu di Kuching, Sarawak.
Yayasan Sarawak telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) kali ke-14. Majlis penutupan PESAYA dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), semalam.
Temasya PESAYA melabuhkan tirai setelah 10 hari berkampung di Kuching dari 10 hingga 19 Februari 2023 dengan penglibatan seramai 1,131 orang atlet dan pegawai daripada 13 buah Yayasan Negeri telah mengambil bahagian dalam 15 jenis sukan yang dipertandingkan.
Yayasan Negeri Sembilan telah menamatkan Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) Ke-14 dengan 1 pingat emas untuk acara Bola Baling (Lelaki) dan 1 pingat gangsa untuk acara E-Sport FIFA yang telah menyumbangkan sejumlah 9 mata dan menduduki tempat KE-6 secara keseluruhan daripada 13 buah Yayasan Negeri yang terlibat.