Buletin

Anugerah Cemerlang Siswazah Kelas Pertama

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG KELAS PERTAMA NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, Klana Resort- 22 Julai 2019 -- Seramai 155 siswazah kelahiran Negeri Sembilan yang mendapat ijazah kelas pertama dalam pengajian mereka
tahun lepas, hari ini menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama daripada kerajaan negeri.

 Setiap mereka masing-masing menerima wang tunai RM5,000 sumbangan Yayasan Negeri Sembilan,
 yang disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dalam Majlis Siswazah Anugerah Cemerlang   Kelas Pertama Yayasan Negeri Sembilan, di sini.

 Menteri Besar dalam ucapannya pada majlis itu mengingatkan hadirin bahawa anugerah atau nilai
 ganjaran yang diperolehi bukanlah perkara yang perlu dipentingkan sebaliknya ilmu yang diperolehi yang   seharusnya dimanfaatkan sebaiknya kepada masyarakat.

 Sambil menzahirkan rasa bangga di atas pencapaian kesemua siswazah itu, beliau turut mengajak kesemua   penerima anugerah itu untuk bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk membangunkan
 Negeri Sembilan.

 Dalam pada itu, Menteri Besar berkata kerajaan negeri amat menitik berat soal pendidikan dan telah   memperkenalkan pelbagai bantuan dan inisiatif kepada murid sekolah serta pelajar Institut Pendidikan
 Tinggi Awam (IPTA).

 Turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
YB Dato’ Dr Razali Ab Malik;
Pegawai Kewangan   Negeri Sembilan,
YB Tuan Mohd Khidir Majid dan Pengarah YNS, YB Dato' Haji Mat Ghazali Abd Rakim.

Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Berintegriti

KURSUS PEMBANGUNAN INDIVIDU DAN ORGANISASI BERINTEGRITI 

Bilik Seminar Yayasan Negeri Sembilan, 1 Ogos 2019 – Yayasan Negeri Sembilan telah mengadakan Kursus Pembangunan Individu Dan Organisasi Berintegriti (Be Positive, Honest And Happy)

Kursus tersebut melibatkan 38 orang pegawai dan kakitangan Yayasan Negeri Sembilan. Penceramah jemputan adalah daripada Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sembilan iaitu Tuan Inspektor Mohd Zazely bin Abdul Molok. 

Tujuan kursus tersebut diadakan bagi memberi kefahaman dan kesedaran kepada pegawai dan kakitangan Yayasan Negeri Sembilan mengenai integriti seorang penjawat awam.