Majlis Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2019
MAJLIS PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2019
Untuk tahun 2019, Kelab Yayasan Negeri Sembilan telah di minta untuk mewakili Yayasan Negeri Sembilan ke program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2019 Masehi bersamaan 1441 Hijrah.
Seramai 60 orang ahli Kelab Yayasan Negeri Sembilan telah bersama-sama mengimarahkan Majlis Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2019 Masehi bersamaan 1441 Hijrah di Padang Majlis Perbandaran Seremban pada 9 November 2019 bersamaan 12 Rabiaulawal 1441 hijrah. Kontijen Yayasan Negeri Sembilan bersama 126 kontijen lain yang terdiri daripada kontijen jabatan-jabatan kerajaan dan swasta, NGO, sekolah dan IPT mengimarahkan sambutan Maulidur rasul ini denganberarak dan berselawat mengelilingi bandar Seremban dan berakhir di Padang KGV.
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
![]() |
|