Buletin

Majlis Ibadah Qurban Kelab Yayasan Negeri Sembilan 2019

MAJLIS IBADAH QURBAN KELAB YAYASAN NEGERI SEMBILAN 2019

 Perkarangan Bangunan Yayasan Negeri Sembilan, 13 Ogos 2019 – Julung-julung kalinya Kelab Yayasan Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Ibadah Qurban di perkarangan Bangunan Yayasan Negeri Sembilan. 

Program ibadah ini adalah hasil dari idea Ybhg Dato’ Penasihat Kelab Yayasan Negeri Sembilan, Dato’ Haji Mat Ghazali Bin Abd Rakim.

Buat kali pertama ini, Kelab Yayasan Negeri Sembilan telah menyumbangkan 2 ekor lembu.  Sembelihan kedua-dua ekor lembu qurban ini telah disempurnakan oleh Ybhg Dato’ Pengarah sendiri.  Sebahagian hasil qurban ini dimasak sendiri secara gotong royong oleh ahli Kelab dengan diketuai oleh Chef Mohd Hidayat Bin Gani dan Chef Puan Zurina Binti Jupri dan disajikan untuk makan tengahari.

Manakala selebihnya diagih-agihkan kepada ahli kelab yang hadir menjayakan program qurban tersebut.  Semua ahli kelab yang hadir pada Majlis Ibadah Qurban Kelab Yayasan Negeri Sembilan amat teruja dan amat komited dalam menjayakan program ini.

 

                       
 

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 62 Tahun 2019

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 62 TAHUN 2019


Kelab Yayasan Negeri Sembilan telah di arahkan oleh Ybhg Dato’ Pengarah Yayasan Negeri Sembilan untuk menguruskan penyertaan kontijen Yayasan
Negeri Sembilan dalam Perbarisan Hari Kebangsaan yang ke 62 di Padang MPS pada 31 Ogos 2019.

Ini merupakan julung-julung kalinya Kelab Yayasan Negeri Sembilan diberikan kepercayaan untuk mewakili
Yayasan Negeri Sembilan. Seramai 60 orang ahli kelab telah menyertai perbarisan ini yang terdiri daripada
kakitangan YNS, YNSM Sdn Bhd dan  KAYNS Sdn Bhd.

Persiapan rapi telah disusun oleh Ahli Jawatankuasa Kelab bagi memastikan Kontijen Yayasan Negeri Sembilan
memberi saingan yang sengit kepada kontijen-kontijen lain pada Pertandingan Perbarisan Hari Kebangsaan
Tahun 2019.

Latihan mantap perbarisan telah diadakan selama 7 hari bermula dari 15 Ogos 2019 dan di pimpin oleh
Sarjan Mohd Zaidi Bin Jusoh dari Kem 1 Briged Rajimen Askar Melayu DiRaja Malaysia. Komitmen yang diberikan oleh
semua peserta amat memberangsangkan.