Pinjaman Pendidikan

Yayasan Negeri Sembilan ditubuhkan dengan objektif utama iaitu memberi pinjaman kepada anak-anak Negeri Sembilan yang layak memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dan Institusi Teknologi Yayasan Negeri Sembilan.

 

Senarai Politeknik Tempatan

Penuntut politeknik yang layak memohon Pinjaman Yayasan Negeri Sembilan termasuklah:

  1. Politeknik Kota Melaka (PKM)
  2. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra (POLIMAS)
  3. Politeknik Johor Bahru (PJB)
  4. Politeknik Port Dickson (PPD)
  5. Politeknik Ungku Omar (PUO)
  6. Politeknik Seberang Prai (PSP)
  7. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
  8. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  9. Politeknik Kota Bharu (PKB)
  10. Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
  11. Politeknik Mukah Sarawak (PMU)
  12. Politeknik Kuching, Sarawak (PKS)
  13. Politeknik Kota, Kuala Terengganu (PKKT)
  14. Politeknik Merlimau (PMM)
  15. Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam
  16. Politeknik Muadzam Shah
  17. Politeknik Kulim (PKU)
  18. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
  19. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
  20. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
  21. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
  22. Politeknik Jeli Kelantan
  23. Politeknik Banting
  24. Politeknik Nilai

Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan MAINS

Yayasan Negeri Sembilan telah diamanahkan untuk menuntut dan menerima bayaran balik Pinjaman Pendidikan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi pihak  MAINS berkuatkuasa dari 17 September 2007. Kaedah untuk membuat bayaran balik Pinjaman Pendidikan MAINS di Yayasan Negeri Sembilan ialah:

  • Tunai (Membuat bayaran di kaunter Yayasan Negeri Sembilan)
  • Cek/Wang Pos/Kiriman Wang *
  • Arahan Bank
  • Potongan Gaji

* Nama penerima hendaklah ditulis sebagai 'Yayasan Negeri Sembilan'. Sila tuliskan Nama & No. Pinjaman di belakang cek/wang pos/kiriman wang sebelum diposkan kepada kami.

Anda juga boleh muat turun Borang Kebenaran Potongan Gaji Pinjaman MAINS di sini. Sila penuhkan dan pos kepada kami untuk tindakan segera. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

YAYASAN NEGERI SEMBILAN
Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 06-762 8046 (6 talian) | Faks : 06-763 1420

atau e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.