Pinjaman Pendidikan

Yayasan Negeri Sembilan ditubuhkan dengan objektif utama iaitu memberi pinjaman kepada anak-anak Negeri Sembilan yang layak memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dan Institusi Teknologi Yayasan Negeri Sembilan.

 

Anugerah Cemerlang Kelas Pertama

SYARAT PERMOHONAN ANUGERAH SISWAZAH CEMERLANG IJAZAH KELAS PERTAMA YAYASAN NEGERI SEMBILAN

 

1.   Pemohon Kelahiran Negeri Sembilan – Kad Pengenalan (05, 31, 59) Sahaja.
     (Rujukan Daripada Jabatan Pendaftaran Negara – Kod Bagi Negeri Kelahiran)

2.   Pemohon Bersekolah Rendah Dan Tamat Sesi Persekolah Rendah Di Negeri Sembilan Sahaja.

3.   Pemohon Bersekolah Menengah Dan Tamat Sesi Persekolah Di Negeri Sembilan Sahaja.

4.   Permohonan Terbuka Kepada Semua Graduan Ijazah Sarjana Muda Atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sepenuh Masa Institusi Pengajian Tinggi
      Awam (IPTA) Malaysia/Universiti Awam (UA) Dan Institusi Luar Negara Yang Diiktiraf Oleh Jabatan Perkhidmatan Awam/Malaysia Qualification
      Agency (MQA)  Serta IPTS Yang Berstatus GLC Yang Disenaraikan Oleh Yayasan Negeri Sembilan Berikut :

            i.     Universiti Teknologi Petronas (UTP)

        ii.     Universiti Multimedia Malaysia (MMU)

       iii.     Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

        iv.    Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

5.    Institusi Swasta/ GLC Yang Tidak Disenaraikan Seperti Diatas Tidak Layak Memohon.      

6.    Permohonan Hanya Untuk Peringkat Ijazah Sarjana Muda Atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sahaja.

7.       BAGI PEMOHON INSTITUSI DALAM NEGARA

       Pemohon Yang Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama Yang Disahkan Oleh Institusi Berdasarkan
       Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Masing-Masing.

8.       BAGI PEMOHON INSTITUSI LUAR NEGARA

       Pemohon Yang Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama Berdasarkan Penarafan Ijazah Kelas Pertama
       Institusi Luar Negara Masing-Masing Iaitu Pencapaian Tertinggi.

9.       Permohonan Tempoh 2 Tahun Ke Belakang Sahaja (Mengikut Tahun Bergraduasi)
       (Contoh: Tahun Semasa: 2019 – 2017 – Layak Memohon Dan 2016 Kebawah Tidak Layak Memohon)

 
       Untuk mendapatkan borang permohonan, sila KLIK  disini.