Senarai Peminjam yang Berjaya
1. Senarai Nama Peminjam Aktif bagi Tahun 2016 sehingga 30 Jun 2016
Yayasan Negeri Sembilan ditubuhkan dengan objektif utama iaitu memberi pinjaman kepada anak-anak Negeri Sembilan yang layak memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dan Institusi Teknologi Yayasan Negeri Sembilan.
1. Senarai Nama Peminjam Aktif bagi Tahun 2016 sehingga 30 Jun 2016
PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN BAGI KURSUS PERINGKAT PhD., SARJANA, IJAZAH SARJANA MUDA, DAN DIPLOMA BAGI SESI PENGAJIAN 2019
Permohonan adalah dipelawa daripada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut untuk dipertimbangkan tajaan pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi mengikuti kursus peringkat PhD., Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.
i) Semua Universiti Awam Tempatan (IPTA)
ii) Semua Politeknik Tempatan (Kementerian Pengajian Tinggi)
iii) Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS)
iv) Sekolah Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon merupakan anak Negeri Sembilan ( pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Sembilan )
Dan
a) Menetap di Negeri Sembilan
Atau
b) Telah bermastautin di Negeri Sembilan tidak kurang dari 8 tahun ( Sokongan dan pengesahan dari Wakil Rakyat Kawasan/Ketua Jabatan / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK )
2. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,400.00.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri Sembilan atau melalui laman web rasmi www.yns.gov.my.
PENTING
Borang permohonan hanya akan diberi kepada pemohon yang telah ditawarkan tempat masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam secara sepenuh masa dengan mengemukakan salinan surat tawaran yang telah disahkan.
PERINGATAN
Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan diproses. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap bahawa permohonan tersebut tidak berjaya.TARIKH PERMOHONAN DIBUKA:-
* Permohonan Pinjaman Pendidikan dibuka sepanjang tahun bagi semua peringkat pengajian dengan syarat ada surat penolakan pinjaman dari PTPTN
Untuk muat turun Borang Permohonan Pinjaman Pendidikan, sila klik di sini . Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi:
BAHAGIAN PENDIDIKANYAYASAN NEGERI SEMBILANTingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri SembilanJalan Yam Tuan70000 SerembanNegeri SembilanTel : 06-762 8046 (6 talian) | Faks : 06-763 1420atau e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.