:: Explanatory Note -- This Section and its Category are not linked to any menu and therefore are directly viewable on the front end of the website. Rather the Content Items contained inside this Section & its Category are only used to feed items into the NewFlash Module. See also, MODULES>SITE MODULES>NEWSFLASH  ::

Yayasan Negeri Sembilan dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato' Menteri Besar Negeri Sembilan dan disokong oleh beberapa orang Ahli Lembaga. Diterajui oleh seorang Pengarah, terdapat empat (4) bahagian utama di Yayasan Negeri Sembilan iaitu:

Bahagian Kewangan diketuai oleh Cik Siti Adibah bte Adnan selaku Penolong Akauntan dan disokong oleh empat (4) orang kakitangan di bawah unit ini.

 

Fungsi Bahagian Kewangan 

Fungsi Bahagian Kewangan ialah menguruskan bayaran kepada pembekal dan pelajar, menguruskan terimaan hasil dan kutipan bayaran balik, menyelia panjar wang runcit serta menyediakan dokumen-dokumen kewangan yang lengkap untuk tujuan pengauditan dan pencukaian.

Bahagian Kewangan bertanggungjawab menyediakan Penyata Kewangan tahunan untuk Yayasan Negeri Sembilan dan Kumpulan, menyelia peruntukan belanjawan tahunan serta menyediakan laporan cukai pendapatan bagi Yayasan Negeri Sembilan dan kakitangan.

Bahagian Kewangan juga bertanggungjawab memastikan Penyata Kewangan dibentangkan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Dewan Undangan Negeri.

 

Objektif Bahagian Kewangan

  1. Menyediakan dan menyelia belanjawan tahunan jabatan dan unit-unit dibawah
  2. Menguruskan penerimaan hasil dan menyimpan hasil ke dalam bank
  3. Mengawal dan membuat bayaran bagi perbelanjaan yang dibenarkan mengikut belanjawan dan peraturan kewangan.
  4. Menyediakan penyata kewangan tahunan dan menguruskan penyata tersebut sehingga pembentangan di Dewan Undangan Negeri
  5. Menyediakan laporan-laporan yang berkaitan seperti cukai pendapatan, laporan akaun peminjam dan laporan kewangan.
  6. Menyimpan dan menyelenggara rekod-rekod kewangan dengan baik dan teratur.

 

Bahagian Pelaburan yang diketuai oleh En. Zakaria bin Othman ditubuhkan dengan objektif mendapatkan sumber kewangan untuk Yayasan Negeri Sembilan melalui aktiviti perniagaan atau pelaburan secara bersendirian atau usahasama.

Fungsi utama Bahagian Pelaburan adalah:

  1. Melabur dalam ekuiti dalam syarikat-syarikat sebagai anak syarikat, syarikat sekutu atau syarikat tidak sekutu.
  2. Melabur dalam sektor perladangan sawit.
  3. Membuat kajian bersesuaian mengenai projek.
  4. Mengawal dan mengawasi syarikat yang dilabur.

 

Bahagian Khidmat Pengurusan diketuai oleh Pegawai Tadbir Gred N44 dan disokong oleh  tiga (3) unit utama :-

 a.) Unit Pentadbiran

 b.) Unit Kewangan

 c.) Unit Teknologi Maklumat

 

a.) Fungsi Unit Pentadbiran

Tiga (3) fungsi utama unit ini iaitu:

i) Pentadbiran Am

  1. Pengurusan Am Pejabat
  2. Pengurusan Pentadbiran Sumber Manusia
  3. Pengurusan Perhubungan Pelanggan
  4. Pengurusan Sistem Penyampaian Perkhidmatan
  5. Pengurusan Surat Kerajaan
  6. Pengurusan Fail
  7. Pengurusan Penyelenggaraan, Pemeliharaan dan Pelupusan Rekod Awam
  8. Pengurusan Inventori dan Bekalan Pejabat
  9. Pengurusan Kenderaan

ii) Pengurusan Bangunan

  1. Menguruskan penjagaan dan penyelenggaraan bangunan Yayasan Negeri Sembilan dan bangunan kepunyaan Yayasan Negeri Sembilan
  2. Menguruskan penyewaan bangunan dan harta Yayasan Negeri Sembilan
  3. Menguruskan kutipan sewa bangunan kepunyaan Yayasan Negeri Sembilan
  4. Menguruskan aduan pelanggan mengenai kerosakan dan lain-lain masalah yang timbul berkaitan bangunan

iii) Pengurusan Mesyuarat Jabatan iaitu:

  1. Mesyuarat Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Negeri Sembilan
  2. Mesyuarat Pengurusan Yayasan Negeri Sembilan
  3. Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Yayasan Negeri Sembilan
  4. Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
  5. Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan
  6. Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia

 

Bahagian Pendidikan diketuai oleh En Hanafi bin Harun selaku Penolong Pengarah (Pendidikan) dengan dibantu oleh Pegawai Tadbir (Pendidikan) dan disokong oleh tujuh(7) orang kakitangan.

Fungsi Bahagian Pendidikan

Antara fungsi Bahagian Pendidikan ialah:

  1. Memberi bantuan pendidikan dalam bentuk pinjaman kewangan kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), politeknik-politeknik dan Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan. Bagi Kolej yang diiktiraf oleh kerajaan termasuk universiti-universiti luar negara, pemberian pinjaman adalah tertakluk kepada dasar Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
  2. Memberi bantuan wang pendaftaran kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) . Kelulusan tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan.
  3. Bertanggungjawab dalam pengurusan bayaran balik pinjaman yang telah dikelaurakan supaya ianya dapat semula diperuntukan kepada peminjam-peminjam baru.
  4. Merancang dan menganjurkan program-program bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bagi meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
  5. Merancang dan menganjurkan aktiviti-aktiviti bagi Mahasiswa/Mahasiswi anak Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa/Mahasiswi Anak Negeri Sembilan (PERMANIS)/Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPTA dan Majlis Sekretariat Mahasiswa/wi anak Negeri Sembilan.
  6. Mengurus pusat-pusat tuisyen Yayasan Negeri Sembilan terutama di kawasan luar bandar dengan matlamat melahirkan pelajar-pelajar cemerlang.
  7. Menguruskan pungutan bayaran balik pinjaman pendidikan peminjam-peminjam Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

 

Landskap di hadapan bangunan Yayasan Negeri Sembilan

Yayasan Negeri Sembilan telah ditubuhkan di bawah Enakmen Yayasan Negeri Sembilan No. 6 pada tahun 1979 dan mula beroperasi pada 1 Januari 1980.

Yayasan Negeri Sembilan diterajui oleh seorang Ketua Eksekutif yang dikenali sebagai Pengarah dan dibantu oleh empat (4) orang pegawai serta kakitangan sokongan yang lain.

Tujuan penubuhan Yayasan Negeri Sembilan adalah bagi membolehkan Yayasan Negeri Sembilan menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi terutama dalam aktiviti menaja dan memajukan peluang mendapat pendidikan di kalangan rakyat Negeri Sembilan melalui pinjaman pendidikan, biasiswa dan bantuan kewangan.

Selain itu, Yayasan Negeri Sembilan juga menjalankan aktiviti memberi bantuan dan pertolongan kepada pertubuhan atau badan-badan untuk maksud khairat, saintifik, perubatan, kebajikan, kemasyarakatan, pendidikan dan memberi sumbangan untuk meringankan beban akibat malapetaka seperti banjir, kebakaran dan lain-lain.

Untuk makluman, pejabat Yayasan Negeri Sembilan dibuka pada:

Isnin hingga Khamis *

Waktu Beroperasi: 7.30 pagi - 5.30 petang
Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang

Jumaat *

Waktu Beroperasi: 7.30 pagi - 5.30 petang
Waktu Rehat: 12.15 tengah hari - 2.45 petang

* Kecuali cuti umum dan cuti am

Terdapat pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Yayasan Negeri Sembilan termasuklah:

i. Kakitangan YNS

ii. Orang Awam

iii. Pinjaman Pendidikan

Yayasan Negeri Sembilan ada menawarkan beberapa premis untuk disewa, antaranya:

 

Yayasan Negeri Sembilan ditubuhkan dengan objektif utama iaitu memberi pinjaman kepada anak-anak Negeri Sembilan yang layak memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dan Institusi Teknologi Yayasan Negeri Sembilan.

 

Antara anak syarikat yang ditubuhkan oleh Yayasan Negeri Sembilan ialah :

1. Kumpulan Akademi YNS (KAYNS)

2. YNS Management Sdn Bhd

tuisyen7

 Pusat Tuisyen Yayasan Negeri Sembilan telah diilhamkan  oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan- YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan pada tahun 2007.tuisyen4

Sehingga Oktober 2008, sebanyak tiga (3) Pusat Tuisyen telah berjaya dibuka di daerah Rantau , Simpang Pertang dan Palong oleh Yayasan Negeri Sembilan melalui anak syarikatnya Liberty Capital Sdn. Bhd.palong

 
  


 

g8

Kumpulan Akademi YNS (KAYNS) - 270794-A ditubuhkan pada 22 Julai 1993 merupakan organisasi yang dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Negeri Sembilan dan menjalankan "core business" dalam bidang pendidikan kemahiran.

KAYNS bertanggungjawab mentadbir & menguruskan tiga buah Institusi Latihan Kemahiran di Negeri Sembilan yang mendapat pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Sumber Manusia.


g9Penubuhan Institut Kemahiran seliaan KAYNS iaitu Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS), Institut Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan (IPPNS)  serta Institut Pengurusan dan Perindustrian Yayasan Negeri Sembilan (IPPYNS) ini adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga muda berkemahiran tinggi bagi memenuhi dan menyokong pelan perindustrian Negara selain memberi alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktis.

Institut -Institut kemahiran in beroperasi di dua lokasi iaitu di Era Square, Seremban bagi IPPYNS dan IPPNS serta di Gentam, Kuala Pilah bagi ITYNS. Antara kursus yang ditawarkan adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang Pelukis Pelan Senibina, Juruteknik Elektrik, Juruteknik Sistem Komputer, Pembuat Pakaian Wanita, Automatif, Pengajar Vokasional, Penyeliaan, Pendawai Elektrik, Pramusaji, Guest Service Operation, Pemandu Pelancong, Penyedia Makanan, Penyedia Pastri, Kapten Makanan & Minuman dan Kejuruteraan Elektronik Industri ( Peralatan).

YNS Management Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh (100%) Yayasan Negeri Sembilan yang ditubuhkan pada tahun 1992. Syarikat ini merupakan syarikat 100% Bumiputera dan diterajui oleh empat (4) orang Ahli Lembaga Pengarah yang berpengalaman di bidang perniagaan.

YNS Management Sdn Bhd merupakan kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam bidang perkhidmatan pembersihan dan pembekalan. Sehingga kini, syarikat telah memberi perkhidmatan pembersihan kepada jabatan-jabatan kerajaan dan swasta. Di antara jabatan-jabatan yang mendapat perkhidmatan dan pembersihan pejabat adalah Yayasan Negeri Sembilan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, FAMA, Jabatan Perangkaan, Bank Islam Malaysia Berhad, Mahkamah Tinggi Seremban, JPJ Seremban dan lain-lain jabatan di bangunan Yayasan Negeri Sembilan.

Berdasarkan kepada kestabilan dan keupayaan pengurusan serta komitmen kakitangan, syarikat berusaha untuk memasuki kontrak pembersihan yang lebih besar. Syarikat berkemampuan untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut memandangkan syarikat mempunyai kemudahan seperti tenaga pekerja dan mesin-mesin yang diperlukan.

 

* facebook kelab Yayasan Negeri Sembilan, sila 'add friend' ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Borang Sumbangan Borang Pinjaman Kecemasan Borang Pinjaman Pendidikan

 

Ahli Jawatankuasa Kelab YNS Sesi 2014/2015

Pengerusi : Pn. Adibah binti Adnan

Naib Pengerusi : En. Norzamri bin Ishak

Setiausaha : Pn. Roslaila binti Md Doli

Bendahari : Pn. Zullaika Mimi binti Zakaria

 

Biro-biro:

i. Biro Pembangunan Insan

Ketua         : En. Mohd Muazamshah bin Mohd Idris

Pembantu : Pn. Mashita binti Ismail

Pembantu : En. Shafie bin Rajiman

 

ii. Biro Pelancongan

Ketua         : En. Ainol Hamizan bin Seman

Pembantu : Pn. Marlissa binti Musa

Pembantu : En. Syamsul Hadi bin Mohd Isa

 

iii. Biro Kebajikan

Ketua         : Pn. Nor Hamiza binti Abdul Razak

Pembantu : En. Shamsul bin Mohd Zahar

 

iv. Pemeriksa Kira-kira

1) En. Mohamad Faizal bin Baharudin

2) En. Mohd Firdaus bin Ibrahim

 

Sumbangan-sumbangan yang disediakan oleh Kelab YNS

BIL

JENIS  SUMBANGAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

KADAR (RM)

1.

Sumbangan Khairat Kematian

*   Ahli Biasa / Ahli Sekutu

*  Dibayar kepada waris terdekat     (suami / isteri / ibu / bapa / adik beradik )

*  Lampirkan satu salinan surat kematian

RM 500.00

2.

Sumbangan Mengerjakan Haji di Mekah

*  Ahli Biasa / Ahli Sekutu

*  Lampirkan satu salinan surat tawaran mengerjakan haji

RM 500.00

3.

Sumbangan Perkahwinan

*  Ahli Biasa sahaja

*  Lampirkan kad jemputan perkahwinan

* Perkahwinan pertama sahaja

RM 200.00

4.

Sumbangan Persaraan / Berhenti

*   Ahli Biasa sahaja

*  Berkhidmat melebihi 2 tahun ( tetap/kontrak )

RM 100.00

5.

Sumbangan Masuk Hospital

*   Ahli Biasa

*   Ahli Sekutu

*   Lampirkan surat perakuan tinggal di wad yang dikeluarkan oleh pihak hospital

*  Sumbangan diberi sekali setahun

RM 150.00

RM 100.00

RM 50.00

6.

Sumbangan Anak Cemerlang

*  Ahli Biasa

*  Lampirkan slip keputusan peperiksaan

UPSR  -   5A

PMR   -   7A

SPM   -   8A

STPM -   5P

 

 

 

RM100.00

RM150.00

RM200.00

RM200.00


 

Pinjaman-pinjaman yang disediakan oleh Kelab YNS

 

1)         Tabung Pinjaman Pendidikan, antara syarat-syaratnya ialah:

i) Jumlah pinjaman adalah RM 500.00

ii) Kadar bayaran balik sebanyak RM 100.00 sebulan

iii) Bayaran balik melalui potongan gaji sahaja

iv) Kekerapan pinjaman hanya sekali setahun

v) Untuk Ahli Biasa dan anak-anak sahaja

vi) Untuk semua peringkat pengajian

vii) Sertakan salinan yuran pelajar

 

2)         Tabung Pinjaman Kecemasan, antara syarat-syaratnya ialah:

i) Jumlah maksimum pinjaman adalah RM 500.00

ii) Kadar bayaran balik sebanyak RM 100.00 sebulan

iii)  Bayaran balik melalui potongan gaji sahaja

iv) Antara kes yang layak dipertimbangkan:

- Kos menguruskan kematian pasangan atau anak atau ibu bapa Ahli

- Bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan kebakaran

- Kemalangan jalan raya atau di tempat kerja

- Lain-lain keperluan yang dianggap kecemasan

 

* Borang permohonan sumbangan dan tabung pinjaman boleh   didapati daripada Setiausaha atau Biro Kebajikan Kelab Yayasan        Negeri Sembilan

Tujuan/Matlamat Penubuhan

*  Merapatkan lagi persaudaraan sesama ahli-ahli Kelab, keluarga dan masyarakat umum.

*   Bantu membantu sesama ahlinya dalam segala urusan kebajikan.

*  Mengambil bahagian di dalam rancangan pembangunan dan kebajikan yang akan memberi faedah kepada masyarakat.

*   Mengambil bahagian di dalam sukan dan kebudayaan.

*  Mengambil bahagian di dalam rancangan-rancangan yang memberi faedah kepada Kelab.

 

Keahlian

*  Ahli-ahli Kelab ini terbuka kepada semua kakitangan Yayasan Negeri Sembilan berumur 18 tahun ke atas.

*  Terbuka kepada semua kakitangan syarikat-syarikat tunjangan Yayasan Negeri Sembilan berumur 18 tahun ke atas.

*  Terbuka kepada (suami atau isteri) kakitangan Yayasan Negeri Sembilan dan syarikat-syarikat tunjangan Yayasan Negeri Sembilan yang dikenali sebagai Ahli Bersekutu.