Perjumpaan Pengarah
MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH YAYASAN NEGERI SEMBILAN
Bilik Seminar Yayasan Negeri Sembilan, 27 Februari 2018 - Unit Pentadbiran telah menganjurkan Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah. Antara pengisian program adalah bacaan doa, sesi dialog, tandatangan Akta Rahsia Rasmi 2018 danbacaan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam dan amanat daripada Pengarah Yayasan Negeri Sembilan.
Antara perkara yang disampaikan di dalam amanat Pengarah Yayasan Negeri Sembilan adalah mengenai hala tuju Yayasan Negeri Sembilan, hubungan baik antara kakitangan jabatan serta sistem penyampaian jabatan yang diharap dapat dipertingkatkan bagi tahun 2018 ini.
Melalui pelaksanaan Perjumpaan Bersama Pengarah ini, Pengarah dapat menyampaikan hasrat dan amanat serta maklumat semasa, di samping mengeratkan silaturrahim di antara warga jabatan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |