LOGO YNSMnew

(357-00040685)

PENGENALAN

Sebuah syarikat milik MBI (Menteri Besar Negeri Sembilan –Incorporation ) 255,000 dan Yayasan Negeri Sembilan 244,998 yang ditubuhkan pada tahun 1992.  Sebuah syarikat 100% milik Bumiputera.

Tujuan penubuhan untuk menyediakan perkhidmatan kakitangan kepada Yayasan Negeri Sembilan dan juga syarikat-syarikat lain di bawah Yayasan Negeri Sembilan.  Menjalankan perniagaan seperti urusniaga saham, menyediakan khidmat pengurusan, pembersihan bangunan, tempat letak kereta dan lain-lain lagi.

Merupakan kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di dalam bidang perkhidmatan pembersihan dan pembekalan.  Sehingga kini, syarikat telah menjalankan perkhidmatan kepada jabatan-jabatan kerajaan dan swasta.

AKTIVITI

Lebih banyak tertumpu kepada urusniaga saham, perkhidmatan pengurusan dan perkhidmatan pembersihan. Menjalankan kerja-kerja pembersihan di jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta yang menyewa di bangunan Yayasan Negeri Sembilan sejak ditubuhkan.

Perkhidmatan Pembersihan Pejabat : Yayasan Negeri Sembilan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Perangkaan, FAMA, Bank Islam (M) Berhad, Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Tinggi, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jabatan Penyiaran (RTM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Pusat dakwah Islamiah dan Lembaga KOKO Negara.

Kerja-Kerja Penyelenggaraan Lebuhraya Utara Selatan : Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL).

Carta Organisasi

YNSM