Latar Belakang

Yayasan Negeri Sembilan telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui peruntukan Enakmen Negeri Sembilan No. 6 tahun 1979. Tujuan penubuhan Yayasan Negeri Sembilan adalah untuk membantu dan meningkatkan kemajuan Pendidikan, sukan, kebudayaan dan meluaskan peluang mendapat pendidikan lanjutan di kalangan anak-anak Negeri Sembilan dan warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan.

Untuk mencapai matlamat penubuhan YNS maka ditubuhkan Bahagia Pelaburan Yayasan Negeri Sembilan yang dipertanggungjawabkan untuk menjana dana. Dana ini digunakan untuk membiayai kos tajaan pelajar, membiayai aktiviti pendidikan, aktiviti sukan, kebudayaan, bantuan-bantuan dan lain-lain untuk manfaat rakyat Negeri Sembilan secara amnya.

Aktiviti

Bagi memastikan matlamat sasaran dana tercapai, bahagian pelaburan perlu menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan, perdagangan, usahasama, pelaburan, simpanan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

  • Penubuhan anak-anak syarikat yang menjalankan pelbagai aktiviti sokongan kepada matlamat penubuhan Yayasan Negeri Sembilan. Disamping itu, penubuhan anak-anak syarikat ini juga dapat memberi peluang penambahan pengetahuan, dan kemahiran kepada kakitangan untuk mendalami ilmu perniagaan. Antara syarikat yang ditubuhkan:
  • Perladangan

Melalui sokongan serta langkah-langkah yang berkesan dari kerajaan negeri, Yayasan Negeri Sembilan telah memiliki dan memajak tanah-tanah untuk dijadikan ladang-ladang pertanian seperti ladang kelapa sawit, ladang getah, balak dan sebagainya.

  • Usahasama

Memandangkan Yayasan Negeri Sembilan memiliki kelebihan dari segi aset yang disokong oleh kerajaan negeri, Yayasan Negeri Sembilan telah mengadakan aktiviti-aktiviti usahasama di dalam bidang perniagaan, pengeluaran sumber asli, pertanian dan sebagainya, yang mana aktiviti-aktiviti ini telah memberikan sumber kewangan kepada Yayasan Negeri Sembilan dalam bentuk pendapatan melalui dividen, pajakan dan sebagainya

  • Hartanah

Yayasan Negeri Sembilan memiliki beberapa lot-lot tanah, rumah kedai, ruang pejabat, dan lain-lain yang boleh diguna pakai untuk mendapatkan dana seperti penyewaan hartanah.