LATAR BELAKANG
Yayasan Negeri Sembilan telah ditubuhkan di bawah Enakmen Yayasan Negeri Sembilan No. 6 pada tahun 1979 dan mula beroperasi pada 1 Januari 1980.
Yayasan Negeri Sembilan diterajui oleh seorang Ketua Eksekutif yang dikenali sebagai Pengarah dan dibantu oleh empat (4) orang pegawai serta kakitangan sokongan yang lain.
Tujuan penubuhan Yayasan Negeri Sembilan adalah bagi membolehkan Yayasan Negeri Sembilan menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi terutama dalam aktiviti menaja dan memajukan peluang mendapat pendidikan di kalangan rakyat Negeri Sembilan melalui pinjaman pendidikan, biasiswa dan bantuan kewangan.
Selain itu, Yayasan Negeri Sembilan juga menjalankan aktiviti memberi bantuan dan pertolongan kepada pertubuhan atau badan-badan untuk maksud khairat, saintifik, perubatan, kebajikan, kemasyarakatan, pendidikan dan memberi sumbangan untuk meringankan beban akibat malapetaka seperti banjir, kebakaran dan lain-lain.
VISI
Yayasan Negeri Sembilan berhasrat menjadi satu institusi pemberi pinjaman yang terunggul di Malaysia menjelang 2020.
MISI
Komited kepada pengurusan dan pembangunan pendidikan rakyat Negeri Sembilan dengan menyediakan sumber kewangan yang mencukupi dan mengagihkan secara adil dan saksama untuk mewujudkan masyarakat berilmu dan progesif.
FUNGSI YAYASAN NEGERI SEMBILAN
-
Yayasan Negeri Sembilan bertanggungjawab memberi bantuan pendidikan dalam bentuk pinjaman kewangan kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik-politeknik dan Kolej yang diiktiraf oleh Kerajaan termasuk universiti-universiti di luar negara.
-
Yayasan Negeri Sembilan bertanggungjawab dalam pengurusan pungutan bayaran balik pinjaman bagi memastikan pinjaman yang telah dikeluarkan dapat dipungut semula.
-
Yayasan Negeri Sembilan bergiat dalam pembangunan harta tanah, penyewaan ruang pejabat, pelaburan saham, perkilangan perdagangan (trading), pertanian dan perniagaan pendidikan.