PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
BAGI
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) / UNIVERSITI AWAM (UA) SEPENUH MASA SAHAJA.
- DOKTOR FALSAFAH
(Permohonan terbuka sepanjang tahun)
- IJAZAH SARJANA MUDA
(TIDAK LAYAK PADA IJAZAH SARJANA MUDA BERSTATUS PRA-SYARAT PENGAJIAN TERTENTU)
(Permohonan terbuka sepanjang tahun)
Pinjaman Pendidikan telah diselaraskan bersama PTPTN. Sehubungan dengan itu, Yayasan Negeri Sembilan telah diminta untuk memberi keutamaan kepada PTPTN dan pemohon dinasihatkan untuk memohon pinjaman PTPTN terlebih dahulu. Pemohon yang gagal mendapat pinjaman PTPTN sahaja layak dipertimbangkan untuk memohon pinjaman Yayasan Negeri Sembilan. Sila kemukakan surat penolakan dari PTPTN untuk memohon.
- SARJANA
(Permohonan terbuka sepanjang tahun)
- DIPLOMA
(TIDAK LAYAK PADA DIPLOMA BERSTATUS PRA-SYARAT PENGAJIAN TERTENTU)
(Permohonan terbuka sepanjang tahun)
Pinjaman Pendidikan telah diselaraskan bersama PTPTN. Sehubungan dengan itu, Yayasan Negeri Sembilan telah diminta untuk memberi keutamaan kepada PTPTN dan pemohon dinasihatkan untuk memohon pinjaman PTPTN terlebih dahulu. Pemohon yang gagal mendapat pinjaman PTPTN sahaja layak dipertimbangkan untuk memohon pinjaman Yayasan Negeri Sembilan. Sila kemukakan surat penolakan dari PTPTN untuk memohon.
SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
PERHATIAN BAGI PEMOHON PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA SAHAJA
Pemohon hendaklah memohon Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terlebih dahulu. Sekiranya gagal mendapatkan PTPTN, pemohon boleh memohon Pinjaman Pendidikan YNS dengan syarat, mengemukakan surat penolakan permohonan PTPTN.
PEMOHON WAJIB KELAHIRAN NEGERI SEMBILAN
(KAD PENGENALAN 05 ATAU 31 ATAU 59)
ATAU
IBU BAPA WAJIB KELAHIRAN NEGERI SEMBILAN
(KAD PENGENALAN 05 ATAU 31 ATAU 59)
ATAU
BERMASTAUTIN DI NEGERI SEMBILAN MELEBIHI 8 TAHUN
(SURAT PENGESAHAN DISAHKAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN KUMPULAN A, ADUN, IMAM MASJID, KETUA KAMPUNG, PENGHULU, JAKSA PENDAMAI, PENGERUSI TAMAN)
DAN
PENDAPATAN ISI RUMAH TIDAK MELEBIHI RM 8,400.00 SAHAJA
CARA PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
- DOKTOR FALSAFAH DAN SARJANA
- Surat pengesahan sedang belajar daripada insitusi (Sekiranya telah daftar pengajian)
- Salinan Kad Pengenalan Ibu-Bapa Pemohon (bagi pemohon berstatus bujang) atau Salinan Kad Pengenalan Suami atau Isteri (bagi pemohon berstatus berkawin).
- Surat rasmi Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan.
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Surat tawaran Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
- Jadual kos pengajian lengkap.
- SARJANA MUDA DAN DIPLOMA
- Surat tawaran Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Surat penolakan rasmi daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersertakan alasan munasabah sebab musabab permohonan ditolak.
- Surat rasmi Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan.
- Salinan Kad Pengenalan Ibu-Bapa Pemohon (bagi pemohon berstatus bujang) atau Salinan Kad Pengenalan Suami atau Isteri (bagi pemohon berstatus berkawin).
- Surat pengesahan sedang belajar daripada insitusi (Sekiranya telah daftar pengajian).
Dokumen diatas boleh dikemukakan ke alamat berikut:
Pengarah
Yayasan Negeri Sembilan
Tingkat 10, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
70000 SEREMBAN
PERINGATAN
Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK MEMENUHI SYARAT,
tidak akan diproses. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap bahawasa permohonan tersebut tidak berjaya.
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi
BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
Di Talian
06-7628046 / 7628048
Tuntutan / Bayaran Balik Pinjaman
Berkaitan status surat pemberitahuan amaran tunggakkan, amaran akhir, guaman, pemungut bil swasta & CTOS, boleh hubungi Bahagian Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan di talian:
- 06-7628046 / 06-7628048
Sebarang urusan berkaitan Pinjaman Pendidikan YNS, Tuan/Puan boleh menghantar emel melalui acpnegeri9@gmail.com dengan mengikuti panduan berikut :-
- Nama Penuh Peminjam :
- No. Kad Pengenalan :
- No. Telefon Terkini :
- Alamat Terkini :
- Permasalahan :
PENGENALAN
Pihak Yayasan Negeri Sembilan telah memudahkan peminjam menyelesaikan bayaran balik pinjaman Yayasan Negeri Sembilan melalui Potongan Gaji setiap akhir bulan. Dapat mengelakkan daripada tunggakan bayaran balik pinjaman Yayasan Negeri Sembilan.
CARA MEMOHON
Boleh hubungi Yayasan Negeri Sembilan di talian 06-7628046 / 7628048 sambungan 219. Borang Kebenaran Potongan Gaji boleh didapati dengan muat turun Borang Potongan Gaji YNS/PK(U) 04/B-01. Borang permohonan kebenaran potongan gaji yang telah dilengkapkan boleh di emel ke acpnegeri9@gmail.com
PROSES
Pihak Yayasan Negeri Sembilan akan menyemak permohonan sama ada peminjam ada tunggakan bayaran atau tidak. Jika peminjam ada tunggakan bayaran, pihak Yayasan Negeri Sembilan akan membuat bayaran tunggakan sebelum permohonan diproses. Pihak Yayasan Negeri Sembilan akan membuat jadual semula bayaran balik pinjaman Yayasan Negeri Sembilan mengikut kebenaran daripada majikan peminjam.
SURAT
Pihak Yayasan Negeri Sembilan akan mengeluarkan surat Bayaran Balik Pinjaman Yayasan Negeri Sembilan melalui Potongan Gaji pada majikan.
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Bahagian Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan di talian: 06-7628046 / 06-7628048.