Majlis Bersama Qhazanah Quantum Sdn. Bhd. dan Ancasa Hotel & Resorts

Seremban, 2 Februari 2023 – Majlis Penyerahan Cek Keuntungan Penjualan Saham Tawaran Awam Permulaan (IPO) Yayasan Negeri Sembilan oleh Qhazanah Quantum Sdn. Bhd. dan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Kumpulan Akademi YNS dan Ancasa Hotel & Resorts telah dijalankan di Tingkat 7, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan.
Persidangan yang bermula pada 12:00 tengahari itu turut dihadiri oleh YB Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Pengerusi Yayasan Negeri Sembilan.