Majlis Penyerahan Cek Sumbangan
















SEREMBAN, 23 Mei – Yayasan Albukhary menyumbang sebanyak RM500,000 kepada Yayasan Negeri Sembilan (YNS) dalam satu majlis ringkas yang dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun petang tadi.
Aminuddin yang juga Pengerusi YNS menerima sumbangan itu bagi pihak YNS manakala Yayasan Albukhary diwakili Penasihat Khas Kumpulan, Datuk Seri Abdul Aziz Shahar.
Yang turut hadir menyaksikan majlis penyerahan cek sumbangan itu Pengarah YNS, Dato' Muhammad Nazri Bin Kassim dan para pegawai kanan YNS.