Layak Mendapat Sijil (LMS) Pelajaran Malaysia Sekolah Menengah Negeri Sembilan








Seremban, 18/5/2023 - Sebuah seminar dan perbincangan melonjakkan layak mendapat sijil (LMS) Sijil Pelajaran Malaysia Sekolah Menengah Negeri Sembilan telah berjaya dilangsungkan di Ancasa Residence, Port Dickson. Program siri pertama ini dihadiri seramai 60 orang guru cemerlang dari sekolah sekitar Negeri Sembilan.
Sehingga SPM tahun 2021, pencapaian calon SPM Negeri Sembilan bagi Layak Menerima Sijil (LMS) tidak pernah melebihi 90.00 peratus (SPM 2021 LMS adalah 87.6%). Peratus lulus mata pelajaran Sejarah SPM 2021 adalah 88.6% manakala peratus lulus bagi Bahasa Melayu SPM 2021 adalah 96.2%. Setelah penelitian dibuat maka didapati punca kegagalan ini adalah disebabkan peratus lulus mata pelajaran Sejarah tidak mencapai standard yang ditetapkan. Kegagalan ini sangat berkait rapat dengan kemampuan calon menguasai kandungan dalam mata pelajaran Sejarah. Manakala untuk Bahasa Melayu perlu meningkatkan lagi peratus lulus bagi semua murid dan peningkatan kualiti gred purata mata pelajaran.