Pelancaran Bantuan Kemasukan Asrama Penuh Di Negeri Sembilan

SIKAMAT, 22 Jun 2024 - Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani menyaksikan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-11 yang turut menjadi platform bagi Pelancaran Bantuan Kemasukan Asrama Penuh. Pelancaran ini disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Bin Harun, yang memperkenalkan insentif ini sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar kemasukan baru bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 khusus kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Negeri Sembilan  dengan pemberian  RM 300.00 secara one-off  diberikan kepada pelajar. Dengan demikian, insentif ini memacu Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan yang mencakupi keperluan dan kebajikan masyarakat berbilang kaum tanpa mengambil kira batas agama, kaum, umur, jantina dan status kehidupan.

Permohonan Bantuan Kemasukan Asrama Penuh ini boleh dimohon di laman web rasmi Yayasan Negeri Sembilan. Melalui sumbangan insentif ini, secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban kepada penerima bantuan dengan harapan aktiviti pendidikan di Negeri Sembilan dapat diteruskan dengan cemerlang.