Majlis Penyerahan Bantuan Komputer Riba 2024

SEREMBAN, 11 Julai 2024- Berlangsungnya penyerahan Bantuan Komputer Riba  yang diadakan di Hotel Klana Resort Seremban yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Bin Harun bersama 20 mahasiswa yang diraikan pada majlis penyerahan komputer riba tempohari.

Bantuan ini bertujuan adalah untuk membantu mahasiswa meringankan bebanan dan memberi kemudahan akses untuk memperluaskan penggunaan teknologi  dalam sepanjang pengajian di peringkat IPTA dan Politeknik selain dapat membantu proses pembelajaran yang lebih efektif  dengan adanya kemudahan komputer riba.

Melalui sumbangan inisiatif ini, secara tidak langsung dapat membantu meringankan bebanan kepada mahasiswa khususnya golongan IPTA dan Politeknik dalam urusan pembelajaran dengan harapan mendapat manfaatkan daripada pemberian sepanjang pengajian di peringkat IPTA dan Politeknik dengan aktiviti pendidikan di Negeri Sembilan dapat diteruskan dengan lebih cemerlang.