Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan 2024 Siri III

Seremban, 13 Ogos 2024 – Seramai 180 orang penerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan diraikan dalam majlis yang berlangsung di Royale Chulan, Seremban. Penerima menerima insentif wang tunai bernilai RM 5000.00 seorang dan keseluruhan bernilai RM 900,000.00 sumbangan Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Sesi Ketiga tahun 2024 ini, daripada jumlah keseluruhan penerima seramai 180 orang penerima terdiri daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Penerima adalah mereka yang terdiri daripada graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama semasa tamat pengajian di insitusi masing-masing.